Wednesday, June 06, 2012

Bunga Telang

Salam semua...
Masa ke rumah Belkis sebelum cuti sekolah ambil gambar bunga telang dan ambil jugak biji benihnya.  Ambik sebab teringat kat Maznah yang selalu buah nasi kerabu menggunakan bunga nie untuk jadikan nasi tersebut berwarna biru.  Jadi cari la info tentang pokok nie kat tenet nie.  Kat bawah nie semua ambil dari website melur. Pokok Telang atau Pokok Kacang Telang merupakan sejenis pokok kekacang yang mempunyai bunga bewarna ungu terang. Bunganya digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan, seperti nasi kerabu,tetapi kini amat jarang atau hampir tidak lagi digunakan kerana sukar mengutip dalam jumlah yang mencukupi untuk digunakan.
Kacang telang atau nama saintifiknya clitoria ternatea dari famili Fabaceae juga dikenali dengan nama butterfly pea, blue pea. Di Kelantan ia juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru.Tumbuhan ini akan membiak subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) dan tanah perlu lembab sepanjang masa.Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar.Tumbuhan ini boleh membiak dengan cara keratan batang atau biji.
Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pada trailis ataupun sebagai tanaman untuk pasu gantung. Bunganya yang berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun. untuk menyemainya, biji benih direndam dalam air selama 3 hingga4 jam sebelum disemai dalam tanah. Selalunya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari. Untuk keratan batang pula semai dalam pasir yang lembap dan pastikan airnya mencukupi. Tumbuhan ini perlu selalu dipangkas (dipotong rantingnya) untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.
Kegunaan kacang telang ini pulak adalah seperti berikut.  Kacang telang telah dipercayai turun-temurun berkhasiat untuk melebat dang menghitamkan rambut. Ia juga mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepala.   Selain dain dari itu kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik adalah untuk mengelakkan keguguran batangnya dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Daunnya dan bunganya juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala. Caranya, daun atau bunganya dimasukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan untuk tidur oleh pesakit. Bunganya juga boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulcer mulut.Ia juga dapat merawat insomnia. Maklumat nie semuanya dapat dari sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??