Friday, June 01, 2012

Hadiah Hari Guru

Salam semua...
Hari nie dah masuk bulan Jun pun, kejapnya masa berlalu kan....  Nie pun cerita lama, kan lama tak update blog ari tue, jadi nak citer, citer-citer lama je sebab tak de citer baru pun.  Kali nie nak tunjuk hadiah yang didapati sempena hari guru bulan Mei dulu.  Bila dah lama jadi cikgu dan sekolah pun dah jadi KV memang makin kurang la pelajar nak bagi hadiah.  Apa pun alhamdulillah ada dua hadiah tahun nie.  Satu tue biasa la selalu dapat iaitu pasu bunga dan satu nie memang special  sebab tak pernah dapat lagi, apa tue.... haaa... seperti gambar bawah nie ikan talang masin.
Terima kasih Pangkor (nama glamer dia sebab orang Pangkor) atas pemberian ikan masin nie.  Sebenarnya suruh dia bawa ikan nie sebab dia kata mak dia memang buat dan jual ikan masin.  Bila nak bayar dia kata mak dia bagi dan anggap la tue sebagai hadiah hari guru.  Wah susah la cam nie, lain kali tak boleh suruh bawa lagi kalau tak nak terima duit.  Apa pun terima kasih banyak-banyak atas pemberian ikan masin nie.  Tak masak lagi pun sebab cadangnya nak buat masak lemak talang masin dengan nenas.  Cuti-cuti ni bole la cari nenas dan masak.
Sekolah meraikan Hari Guru pada 28 Mei 2012, hari Jumaat sebelum cuti sekolah bermula setelah selesai peperiksaan berpusat bagi pelajar KV dan pertengahan tahun bagi tingkatan 5.  Bila mengajar di sekolah menengah dan pelajar pun tinggal di asrama biasa la memang selalu cikgu-cikgu akan syok sendiri bila anjurkan program tukar-tukar hadiah sesama sendiri.  Hahaha.... siann...
Cabutan undi untuk tentukan hadiah apa yang diterima dilakukan,  Setiap peserta mesti menyediakan hadiah bernilai sekurang-kurangnya RM20.00.  Wah suspen je bila buat cabutan, tak sabar nak tengok dapat hadiah dari siapa.
 
Nie la hadiah yang diterima dari Salina iaitu jahitan crochet dari benang bulu, boleh buat selimut atau alas meja.  Dia kata sebanyak 60 buku benang digunakan yang dijahit bila suaminya belayar ke Australia.  Wah penuh nostalgia dan cerita.  Terima kasih banyak-banyak Salina memang tak ternilai hadiah yang diterima.  Alhamdulillah.

2 comments:

finizaini said...

baru terpikir, msa kt stesma dlu xpernah bg hadiah apa pn kt guru..rsa nyesal sesgt..tp ye le..sengkek..yg benor nye..apa2 pn kami ttp syg cikgu gak..doa sntiasa utk cikgu :D

siti_m said...

fini... orang kata it's the thought that counts. bila tengok awak dan rakan2 berjaya tue dah merupakan hadiah yang tak ternilai bagi guru2. doa yang dititipkan pun satu hadiah jugak, malahan itu lebih berharga. Tapi..... hehehe... kalau nak bagi hadiah sekarang boleh lagi. wakakaka.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??