Sunday, June 24, 2012

Makan-makan di Taiping

Salam semua...
Hari Sabtu minggu lepas balik Taiping sekejap untuk tengok rumah yang dah lama tak jenguk.  Bila balik ambil kesempatan untuk makan-makan di beberapa tempat yang merupakan tempat makan favorite.
 Bila sampai je terus singgah di Ansari Cendol untuk minum cendol yang sedap tue dan makan jugak pasembor dia.  Pasembor nie biasa-biasa je.
Yang terbaik mesti la cendol, campur dengan kacang wow... memang walla... kalau suka bole tambah pulut jugak.
 Dua gambar atas bawah nie gambar bahagian depan Ansari cendol.  Kalau sapa ke Taiping elok la singgah dan cuba.  Ada satu lagi cendol yang famous jugak iaitu Bismillah Cendol.

 Petang tue pegi pulak Kueyteow Doli untuk makan kueyteow  la apa lagi.  Masa sampai dalam pukul 2.00 petang jadi orang tak ramai lagi, jadi sekejap je dah dapat order.
 Atas nie kueyteow goreng biasa, mula-mula nak order special tapi bila nak order yang lain jadi cukup la.
 Order tambahan adalah mee kari dan jugak nasi ayam.  Hehehe... makan dua orang je ngan adik, tapi macam makan 3, 4 orang.  Best jugak sebab dah lama tak makan di sini, jadi sesekali memang terasa best.


1 comment:

Kesuma Angsana said...

mmg sedp nikamti cendol apalgi tgh2 panas mcm ari ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??