Sejak ditugaskan untuk menjaga bilik tayangan, kelas-kelas banyak diadakan di situ sahaja. Lebih mudah dan sukatan pelajaran pun dapat dihabiskan dengan cepat. Penggunaan power point memudahkan penyampaian dan proses P & P.
Bila selalu di bilik tayangan, kadang-kadang bilik guru pun jarang masuk terutama di hari Isnin dan Selasa yang banyak kelas. Pagi tadi Anizam tanya nak tak nasi kerabu yang dia beli, ok je la sebab memang dah lama tak makan nasi kerabu. Habis makan cari-cari kot ada lagi paket kopi dalam laci meja. Tapi bila buka je laci meja ternampak satu sampul surat yang terbuka,, sedangkan selama nie sampul tersebut elok je digam dan tak pernah dibuka. Alamak.... abis la satu lagi kes kecurian... Dalam sampul tersebut ada lebihan duit dan bil-bil dari satu program yang diserahkan kepada saya. Tak banyak dalam RM28.60 sahaja tapi tue bukan duit saya... dan bila tengok satu bekas tempat simpan duit dan syiling pun kering.
Bila tanya pada rakan-rakan yang lain, ramai mula tengok meja dan laci masing-masing. Ada dua tiga orang rakan yang kehilangan wang walaupun tak banyak. Nampaknya dah ada pencuri yang masuk ke bilik guru. Nanti ada yang kata tak kunci ke laci meja tue? Kuncinya memang ada tapi tue la gunanya untuk gantung air yang beli dari kantin je... Maksudnya tak bole guna la tue... Tak sangka akan berlaku lagi peristiwa nie sebab dah lama tak berlaku kes kecurian seperti ini. Dulu pernah sekali kehilangan wang dalam jumlah RM200.00 jugak sampai sekarang tak tau sapa yang ambil...
No comments:
Post a Comment