Tiba di Hong Kong International Airport juga dikenali dengan nama Chek Lap Kok Airport lebih kurang pukul 10.45 pagi. Awal 20 minit dari waktu yahg dijadualkan. Waktu HK dan Malaysia sama je kecuali mereka lebih cepat siang dari kita, pukul 6 pagi dah terang benderang. Selepas selesai semua urusan, beli tiket keretapi untuk ke HK untuk check-in hotel di wilayah Central, Hong Kong.
Nie untuk ke keretapi yang akan membawa ke HK dan Kawloon. Airport Express Services nie ambil masa lebih kurang 24 minit untuk sampai ke Hong Kong Station.
Dalam train, masa nie jumpa dua orang Cina Malaysia suami isteri. Dia orang tegur bila dengar kita orang bersembang dalam Bahasa Melayu.
Nie tiket train, bila beli untuk sekumpulan 4 orang dapat diskaun kalau tidak sorang kena HK$ 100.00.
Sampai je Hong Kong Station terus ambil gambar. Hehehe... nie ambik gambar sendiri je. Dari sini terus ambil teksi ke Hotel Island Pacific yang terletak di Connought Road West, Central. Tak jauh sangat tapi taxi driver nie bila cakap orang putih dia tak faham jadi dia call dulu baru la tau kat mana. Dia tau nama tue dalam bahasa Cina je.
Nie jalan depan hotel,, nanti la kalau rajin buat satu entry tentang hotel nie. Kawasan nie famous dengan kawasan menjual makanan laut kering. Sana sini gerai jual ikan, sotong, shark fin kering dan sebagainya.
Lepas check-in dan dapat bilik terus keluar ke IFC (International Finance Centre) Mall bangunan yang kat atas nie. Nie kira bangunan yang kedua tertinggi di Hong Kong (err.. betul kot) selepas Sky 100. Hotel menyediakan shuttle bus untuk ke beberapa tempat di sekitar Hong Kong jadi jimat sikit sebab kedudukan hotel dengan MTR agak jauh.
IFC Mall nie berdepan dengan Hong Kong Station je dan baru jugak dibuka. Biasa la kedai dalam nie banyak barangan branded. Rasanya di mana-mana kat HK nie banyak betul kedai-kedai barangan branded.
Nie kat bahagian atas shopping kompleks IFC Mall ada tempat lepak-lepak dan tengok pemandangan. Dari sini boleh nampak Kawloon di seberang tue. Bangunan yang tinggi tue la Sky 100 sekarang merupakan bangunan ke 4 tertinggi di dunia. KLCC dah jatuh nombor 5.Kat depan bangunan IFC nie tengah ada lagi pembangunan. Bangunan yang nampak tue Hong Kong Convention and Exhibition Centre.
Nie satu lagi gambar bangunan Sky 100. Hari keempat naik ke atas tue.
Dari IFC Mall jalan kaki ke The Landmark dan jenguk-jenguk kedai-kedai di sekitar kawasan tue.
Masa jalan-jalan disekitar kawasan Landmark.
Di mana-mana saja orang memang ramai.
Nie depan Shanghai Tang. Kalau tengok cerita Guiliana and Bill masa dia orang ke HK ada tunjuk dia orang ke sini cari cheongsam. Tapi kedai nya tak la besar sangat.
Pakai sandal je sebab di HK memang banyak berjalan. Jadi kasut atau sandal kena selesa.
Kat area nie nak kedai jenama apa boleh dikatakan ada. LV, Prada, Coach, Celine, Marc Jacobs, Vertu dan lain-lain ada je.Lepas jalan-jalan naik MTR untuk ke Wan Chai makan di Islamic Centre Canteen yang terletak di tingkat 5 Masjid Ammar. Nanti letak buat entry lain la tentang makan-makan di HK.
Balik dari makan dalam perjalanan nak ke MTR untuk ke waterfront Tsim Sha Tsui jumpa kedai Sabah. Dari luar nampak dia jual kasut dan handbag. Tak singgah pun sebab nak cepat kejar ke The Avenue of Stars untuk pertunjukkan The Symphony of Lights yang bermula pukul 8.00 pm.
Jalan-jalan masa ke MTR. Nasib baik cuaca ok tak hujan kecuali malam terakhir di HK hujan renyai-renyai.
Dalam gambar nie boleh nampak pulau HK dari waterfront, masa sampai orang dah ramai dan kena tunggu dalam setengah jam sebelum pertunjukan bermula. Ada jugak konsert di situ sementara menanti show The Symphony of Lights bermula. Memang bercahaya HK dengan lampu di sana sini.
Pertunjukan bermula, memang colourful tapi yang tak bestnya sound agak perlahan, kuat lagi bunyi konsert sebelum nie. Patutnya hari Sabtu dalam bahasa Inggeris tapi entah kenapa show tue dalam bahasa Kantonis.
Masa nie dok fikir kalau ada kamera yang canggih mesti best. Sebab rata-rata keluar kamera yang canggih-canggih je. Kamera saya je yang biasa-biasa.
Sepanjang Avenue of Stars ada tapak tangan dan tandatangan artis-artis HK macam Hollywood Walk of Fame.
Lepas habis pertunjukan balik ke hotel tapi kali nie cuba naik feri pulak. Jadi on the way ke terminal feri nie jumpa dengan The Clock Tower tinggalan dari bangunan Kawloon Station.
Lebih kurang sama macam feri Penang tapi tak de la bawa kenderaan. Harga untuk dek atas dan bawah tue berbeza.
HK dari dalam feri.
Feri nie pun naik guna Octopus card.
No comments:
Post a Comment