Saturday, October 29, 2011

197 - Perjalanan Bermula...

Salam semua...
Nak update tapi sibuk pulak ke Kota Warisan dan dengan beberapa hal yang tak dapat dielakkan.  Ok kali nie buat mukadimah je la nanti bila ada masa citer lagi.  Tau tak de orang baca pun tapi saja la seronok nak coret dan cerita ceriti di sini.
Cuti kali nie dirancang dengan cepat tak sampai 2 bulan pun.  Mula dengan cakap-cakap kemudian terus on dan Kijai mula tempah tiket Air Asia dan baru dalam dua minggu lepas baru confirm dengan hotel.  Destinasi kali nie ke Hong Kong.  Tapi biasa la perjalanan orang yang budget ciput jadi kena baca sana sini dulu dan cari seberapa banyak informasi sebelum mulakan perjalanan.  Cari maklumat sendiri, mana nak pergi, di mana, caranya dan sebagainya.  Perjalanan 5 hari 4 malam yang rasanya sangat seronok tambahan lagi kalau banyak duit.

Kena ambil satu hari CRK iaitu pada 22 Oktober 2011 sebab hari tue sekolah ganti sempena Deepavali dan penerbangan pada pukul 7.05 am hari tue.  Nasib baik cuti diluluskan.  Pheew... mula-mula ingatkan sepanjang minggu tue cuti, tapi tak pe la satu hari je CRK.
Kali nie tak boleh jadi jutawan macam ke Indonesia tukar RM1000.00 pun dah jadi jutawan tapi kali nie biasa je la sebab bila RM 1000.00 ditukar ke Hong Kong dollar dapat dalam lebih kurang HK$ 2526.30.  Duit HK nie pun ada macam-macam design.  Perjalanan bermula lebih kurang pukul 4.30 am dari Bandar Seri Permaisuri ke LCCT di Sepang. Sib baik BIL - abang Paizin sudi hantar ke LCCT di pagi yang dingin tue.  Jadi sempat breakfast dulu di situ sebelum check-in.

Bila sampai je di Hong Kong station, terus beli Octopus card nie untuk senang ke mana-mana dengan MTR, bas, tram atau nak beli air di 7eleven atau di Mc Donald.  Banyak kegunaan kad nie.  Jadi sepanjang 5 hari di HK kad nie sangat berguna.  Ok la sambung kemudian nie nak jalan-jalan ke Jalan TAR pulak hehehe....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??