Tuesday, October 18, 2011

188 - Karnival Jalur Lebar 1 Malaysia

Salam semua...
Selepas keluar dari The First Galleria Taiping terus menuju ke Taman Tasik Taiping untuk ke Karnival Jalur Lebar 1 Malaysia yang berlangsung dari 15 - 16 Oktober 2011.
Masa sampai di sini dalam pukul 11.00 pagi jadi karnival nie baru bermula dan orang belum ramai lagi.  Tengok je la gambar-gambar yang diambil di sana.

Masa sampai di gerai Maxis tengah ada pertandingan untuk game Fruit Ninja dan masa tue baru ada 2 peserta yang nak mencuba nasib, apa lagi try la masuk dan main game nie.  Sebab dah pernah main jadi dapat markah yang tinggi pada masa tersebut.  Seronok pulak bila dapat hadiah beg, buku nota dan pouch handphone dari Maxis.
Lepas dapat hadiah dari Maxis terus bersemangat untuk ke gerai-gerai yang bagi beg dan buku nota percuma.  Jalan-jalan dan singgah di tiga, empat gerai dan dapat 3 pen, 4 buku nota dan 4 beg.  Suruh jawap questionnaire pun jawab la sebab nak dapat pen.  Hahaha...



Ada pelbagai gerai yang mengambil bahagian seperti TM, Maxis, Celcom, Digi, Astro, RTM, CMCF, CFM, K Perak, e-goverment dan sebagainya.
Mula-mula sampai di karnival maskot Upin dan Ipin di gerai TM, bila nampak tak de orang bergambar dengan kedua-dua maskot terus ke depan dan minta adik ambilkan gambar bersama kedua-dua maskot.  Tetiba ada announcement kalau sesiapa yang hendak mengambil gambar dengan maskot perlu membeli top-up berharga RM 10.00 dahulu.  Patut la tak de orang nak bergambar hahaha.... bila dengar terus malu dan lari ke gerai lain.... huhuhuh.....  Yang kat atas nie bila Upin dan Ipin berjalan-jalan ke gerai-gerai yang terdapat di karnival.


 Masa ini Adun Kamunting, Dato' Mohammad Zahir bin Abdul Khalid sedang mengadakan lawatan ke gerai-gerai yang mengambil bahagian setelah upacara perasmian.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??