Sebenarnya ada banyak bangunan-bangunan lama di Taiping tapi kali nie nak tunjuk bangunan yang satu masa dulu dalam tahunan 70-an,80-an dan 90-an merupakan antara landmark yang penting di Taiping sebab tue letak tajuk bangunan retro. Bangunan yang dimaksudkan tue terletak di tengah bandar Taiping.
Mula-mula bangunan Seri Larut. tak tau bila bangunan nie siap dibina tapi rasanya macam dah lama ada di sini. Dalam bangunan nie ada kedai Mat Tailor yang famous dengan tempahan baju Melayu dan kemeja. Teringat dulu masa Mak Ngah, Pak Ngah, Pak Unggal dan Auntie Suraya datang ke Taiping kami dibawa makan di restoran dalam tingkat satu bangunan nie. Tak tau ada lagi ke tak restoran tue sebab dah lama sangat tak naik ke atas bangunan Seri Larut nie. Selalu lalu je di kedai-kedai bahagian bawah tue.
Yang atas nie gambar banguanan Seri Larut dari bahagian yang menghadap stesen teksi. Dulu-dulu tempat nie adalah stesen bas Taiping sebelum berpindah ke stesen bas yang ada sekarang. Selepas itu stesen bas ekspres pun pernah beropersi di sini sebelum bertukar ke stesen bas ekspres di Kamunting. Sekarang tempat ini adalah stesen teksi dan parking.
Bangunan nie pulak satu masa dulu adalah Supermarket Larut dan Matang. Supermarket pertama di Taiping tapi sekarang dah tutup dan merupakan pusat snooker dan hiburan di atas tue. Di tingkat satu terdapat kedai-kedai pakaian, sukan, pengantin dan sebagainya. Dulu nie la tempat tumpuan ramai bila datang ke bandar Taiping tapi sekarang dah kurang bila TESCO, Taiping Central dan Econsave dibuka. Kalau tengok cerita Rock arahan Mamat Khalid, ada mereka berlakon dalam bangunan nie. Bawah pula adalah medan selera dan ada beberapa gerai yang famous seperti mee combat, popiah, ABC dan sebagainya. Kalau tengok di depan bangunan Larut Matang nie ada satu lagu Supermarket yang jugak dah ditutup iaitu Supermarket Taiping. Tapi semua dah tinggal kenangan je.
Yang atas nie satu bazar di depan stesen teksi. Dah lama tak masuk ke dalam bazar nie tak tau apa yang dijual di dalam nie sekarang. Dulu biasa la kain baju, kasut dan sebagainya Kalau tengok dari luar macam dah ada sedikit pembaharuan dan perubahan. Nanti bila balik Taiping boleh la ke sini.
Gambar nie bahagian depan stesen teksi untuk ke kawasan Taiping yang berhampiran. Dulu masa stesen bas ekspres di sini, sebelum bertukar ke Kamunting, selalu jugak ambil teksi di sini untuk balik ke rumah selepas turun dari bas ekspres bila abah tak dapat ambil.
Yang nie bangunan bazar Melayu yang telah diperbaharui dulu diperbuat dari kayu tapi sekarang dah semakin kemas dan cantik. Ada kedai kain baju, kedai gunting rambut dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment