Hari nie ke SMK Seri Perak, Teluk Intan untuk satu mesyuarat Penyelarasan Panitia Sejarah (Zon 1) Tahun 2011. Jadi pukul 6.40 pagi dah bertolak ke Teluk Intan kerana mesyuarat dikatakan bermula pukul 8.00 pagi sebab tahu pagi selalu banyak kenderaan dan tak nak pergi dengan keadaan tergesa-gesa. Kali nie ke sana dengan 3 lagi orang rakan dari sekolah lain kira berkongsi kenderaan la nie.
Nampak tak surat kat atas kata bermula pukul 8.00 pagi jadi dalam pukul 7.45 pagi dah sampai. Bila pukul 8.00 pagi dah ramai cikgu-cikgu sampai sebab mesyuarat nie memanggil Ketua Panitia sekolah dari 4 daerah iaitu Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak dan Batang Padang. Kira ramai jugak tue.
Tengok gambar di atas dah pukul 8.45 pagi majlis belum bermula dan kami semua tertanya-tanya bila nak datang pegawai yang bertanggungjawab untuk mesyuarat nie. Ok tak pe la mungkin mula pukul 9.00 pagi kot . Tunggu lagi, dah la ramai yang belum breakfast tapi tak pe tunggu dulu dan bila dah 9.30 pagi belum jugak ada mana-mana pegawai dari JPN sampai beramai-ramai kami ke kantin sekolah untuk makan. Kebetulan jamuan untuk minum pagi dah disediakan jadi kami semua terus makan apa yang dihidangkan.Masuk semula ke dewan tempat mesyuarat tersebut dan tunggu lagi sambil sembang-sembang. Masa nie ramai yang dah mula tak puas hati kedengaran la kata-kata kalau tau macam nie baik pergi sekolah mengajar, dah la SPM tak lama lagi... Cikgu Idris pun mula talipon pegawai yang bertanggungjawab dan katanya tengah bermesyuarat. Beberapa orang pegawai lagi dihubungi seperti pegawai dari PPD Hilir Perak dan katanya akan datang. Masa nie dah ramai cikgu-cikgu yang balik kerana dah tunggu sampai dekat 3 jam.
Gambar atas nie Cikgu Idris, kira dia yang tolong talipon pegawai yang bertanggungjawab sebab dia antara JU Sejarah Perak. Tapi kebetulan dia hadir ke mesyuarat kerana mewakili rakan sekolah dan dia pun tak dapat sebarang maklumat tentang mesyuarat hari ini.
Bila dah lama tunggu jadi kami ambik keputusan untuk tunggu hingga makan tengahari kerana memang disediakan. Masa nie mintak cikgu dari SMK Seri Perak untuk menyuruh kantin percepatkan makanan tengahari. Pukul 11.30 makanan siap dihidangkan dan selepas makan kami terus balik. Nampaknya nie betul-betul mesyuarat sembang-sembang dan makan-makan di Teluk Intan sahaja. Sapa nak bertanggungjawab bila jadi perkara seperti ini???
No comments:
Post a Comment