Dalam perjalanana balik dari mesyuarat yang tak jadi semalam singgah di Bazar Nanas Kampung Selabak. Bazar nie baru siap dan semasa kami ke sana semalam tak semua kedai dibuka. Tak tau la kalau belum dibuka lagi sebab masa tue dah pukul 12.30 tengahari atau memang belum dibuka lagi.
Sebelum wujud bazar ini di simpang jalan nie banyak gerai yang dah agak uzur menjual nenas, ubi kayu, keladi, pisang dan sebagainya lagi. Jadi bila siap bazar nie peniaga mempunyai ruang menjual yang lebih selesa dan tersusun. Tempat untuk parking pun luas dan lebih selamat jika dibandingkan di masa dahulu.
Selain gerai menjual buah-buahan ada juga kedai makan di hujung sebelah kiri, kedai jahit dan sebagainya lagi. Meh tengok gerai yang kami singgah semalam. Ada keladi dan nampak tak depan tue ada pisang tanduk. Memang nie la tujuan utama singgah sebab Rozidah nak beli pisang. Bila nampak pisang tanduk Rozidah dan Naimah terus beli sorang 4 biji. Eh.. panggil biji kan?
Nenas memang banyak dan merupakan jualan utama di bazar nie. Namapun Bazar Nanas kan... tapi semalam tak de siapa pun beli nenas. Jadi kalau sesiapa nak buat tart nenas dan susah nak dapat nenas datang la sini garenti ada je nenas.
Buah-buahan lain yang turut dijual betik, mangga dan pisang. Selain tue ada jugak buah-buahan dari luar seperti epal dan oren.
Nie yang best dan susah nak cari sekarang - ubi kayu. Goreng atau rebus dan cicah dengan sambal mesti sedap, terutama kalau ubi nie baru dan empuk. Masa nie dah terbayang keenakkannya. Ubi kayu kat atas nie ubi baru dicabut pada pagi tue dan memangg... best, terbaek...
Nie gambar gerai sebelah tapi tak singgah beli di sini jadi ambik gambar dari jauh je. Barang-barang yang dijual pun lebih kurang sama je.
No comments:
Post a Comment