Sunday, May 29, 2011

Coretan Ke-77 - Kenduri Nasi Lemak

Salam semua...
Saja nak tunjuk masa buat makan-makan di bilik guru sebelum cuti sekolah hari tue.  Berikutan dengan entry syukur alhamdulillah sebelum nie dan kemudian bila tengok di blog Maz dia masak nasi lemak, terdetik untuk masak nasi lemak untuk kawan-kawan sebagai satu kenduri kecil.  Jadi pada hari Khamis lepas 26 Mei 2011, dengan bantuan rakan-rakan kami buat makan-makan dengan menu utama nasi lemak dengan sambal ikan bilis,dan ikan goreng saya sediakan, sambal sotong disediakan oleh Hajar, ayam goreng berempah dari Anizam,  telur rebus dari Maznah, timun oleh Fatihah.  Manakala kuih muih pula kuih talam cendol dibawa oleh Hashita, sagu bersantan dibawa oleh Hafizah, donut dibawa oleh Asiah dan  cucur kodok pisang dimasak oleh Maznah.
 Alhamdulillah ramai yang dapat merasa walaupun rasanya belum tentu lagi memenuhi selera ramai.  Apa pun terima kasih pada kawan-kawan yang turut sama membawa juadah walaupun pada hari Isnin tue dah pun diadakan potluck.  Tue yang ada kata asyik makan-makan je... hehehe....


1 comment:

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan... senang2 singgah la ke blog saya ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??