Sunday, May 15, 2011

Coretan Ke-62 - Sembang-sembang dan Makan-makan

Salam semua...
Semalam setelah chatting dengan Gie di Fb terus janji untuk breakfast merangkap lunch di Mc Donald.  Kira brunch la tue sebab janji jumpa pada pukul 11.20 am dan dua-dua belum makan lagi.  Gie dengan anaknya Najihah sedang order makanan di kaunter bila saya sampai.
Gie dan Najihah order set Fillet O'Fish dan saya pilih Quarter Pounder.  Lama tak jumpa jadi banyak la bertukar-tukar cerita dan bertanya khabar. 
Nie dah 3 minggu berturut-turut beli lunch set besar di McD sebab nak dapatkan gelas Coca Cola.  Sebelum Gie cadang untuk jumpa di sini, memang rancang untuk beli set lunch hari tue sebab nak dapatkan gelas yang baru.  Minggu nie gelas warna biru dan dah ada 3 sekarang sebelum nie warna ungu dan hitam.
   
Semasa makan-makan jumpa dengan ex-students Amali dan Noorkumalasari  dengan baby mereka Mohamad Rizq Irfan.  Noor nie diberi nama macam artis kerana mengikut cerita nenek dia memang suka sangat kat Umi Kalsom jadi emak Noor diberi nama Umi Kalsom dan Noor ikut nama anak Umi Kalsom.
Irfan nie baru balik dari klinik dan masa nie baru berumur 39 hari.  Selepas balik dari McD terus ke rumah mereka kerana Amali dan Noor akan berpindah ke KLesoknya untuk mulakan kerja baru.  Jadi all the best untuk both of them.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??