Waktu balik dari Taiping singgah di Sungai Batu untuk beli lokan. Sepanjang perjalanan dari Taiping ke Manjung ada dua gerai yang sering menjual lokan, siput sudu, kerang dan lain-lain. Kedua-duanya meletakkan harga yang berbeza. Contohnya lokan nie yang dijual di Sungai Batu berharga RM1.50 sekilo sedangkan di satu gerai berdekatan dengan sebuah sekolah rendah berdekatan Kampung Pancor (kalau tak salah) dijual dengan harga RM 2.00 sekilo.
Daripada Wikipedia Lokan (Polymesoda expansa) adalah sejenis moluska dwicangkerang yang banyak terdapat di lumpur pinggir laut. Lokan adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan tetapi, tidak seenak tiram.
Tak pernah makan tiram lagi lepas nie nak cuba makan tiram pulak. Tapi tak pernah jumpa gerai yang menjual tiram lagi.
Selepas direbus tanpa air, isi lokan nie mengecut dan kecil je. Yang berat ada lah cecair yang terdapat di dalam lokan tue. Jadi kalau nak masak banyak kena beli berkilo-kilo sebab isinya kecil saja.
Tak tau nak masak apa jadi lokan tue buat masak lemak cili api bersama kentang
No comments:
Post a Comment