Monday, May 16, 2011

Coretan Ke-64 - Sambutan Hari Guru

Salam semua...
Hari nie sambutan Hari Guru dengan tema Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.  Perdana Menteri juga telah mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru. Diharapkan pengumuman ini memberi faedah kepada semua guru dan bukan hanya segelintir sahaja.

Sambutan hari guru di sekolah pada tahun ini sederhana sahaja dengan acara biasa seperti permainan, membaca perutusan, persembahan dan upacara kemuncak menanyikan lagu Guru Malaysia beramai-ramai dan seterusnya bacaan ikrar guru. Diakhiri dengan jamuan di dewan makan aspuri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??