Sunday, May 29, 2011

Coretan Ke-75 - Cuti Sekolah Dah Mula...

Salam semua...
Mulai Sabtu bermula cuti sekolah selama dua minggu.  Iye la selepas boleh dikatakan setiap Sabtu bersekolah, bermulalah cuti yang ditunggu-tunggu.  Macam-macam rancangan yang diatur, semoga semua berjalan dengan lancar dan teratur.  Hari Jumaat selepas sekolah balik ke Taiping dan sekarang dah sampai ke Manjung balik sebab cadangnya akan ke KL sama ada hari ini atau Isnin.  Tapi nampaknya esok la ke KL.
Dulu masa arwah mak dan abah ada memang teruja sangat bila cuti sekolah rasa macam berlumba-lumba untuk balik kampung sama-sama dengan students.  Ada ketika berebut naik bas sama-sama.  Tapi sekarang bila cuti sama  je macam hari lain kecuali tidak perlu ke sekolah.  Sedih bila tengok kawan-kawan teruja dan nak cepat balik ke kampung sedang saya kalau balik ke kampung, ke rumah yang kosong...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??