Salam semua...
Dari pukul 8.00 am tadi telah pun berada di bilik mayat Hospital Seri Manjung. Semasa tiba di situ, telah menunggu satu keluarga Cina yang dalam proses membawa pulang mayat anak lelaki mereka. Anak mereka meninggal kerana membunuh diri akibat tidak tahan dengan tekanan dari pihak Along. Semua nie angkara hutang. Bila berada di sana baru la nampak cara orang Cina menguruskan mayat untuk dibawa pulang. Mayat telah dipakaikan dengan kot dan rambut diletak minyak rambut dan disisir rapi. Di sisi mayat dikepilkan sekali satu beg sandang yang dipenuhi dengan kertas-kertas berwarna kuning. Rasanya tue mungkin wang untuk bekalan si mati ke alam akhirat. Masa mereka menutup keranda, seorang wanita rasanya mungkin ibu si mati menangis meraung-raung sambil menghentak-hentakkan kakinya. Setelah semua selesai mayatnya dibawa pulang.
Mayat Mazwin telah diuruskan di Bilik Mayat Hospital Seri Manjung. Siap dimandi dan dikapankan. Seterusnya disembahyangkan. Insaf rasanya bila melihat jenazah Mazwin yang telah siap dimandi dan dikapankan. Giliran kita entah bila pula. Jenazah Mazwin dibawa ke Ipoh untuk disemadikan. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman dan beramal soleh... Al Fatihah.
No comments:
Post a Comment