Sunday, May 01, 2011

Coretan Ke-42 - Balik Taiping

Salam semua...
Hari nie 1 Mei adalah Hari Pekerja dan esok cuti sempena hari tersebut.  Pagi-pagi bertolak ke Taiping dan dalam perjalanan pergi dan balik terjumpa dengan pelbagai konvoi.  Ada konvoi berbasikal mereka semuanya menaiki bicycle racing (mungkin ada pertandingan tak tau la), ada motor kapcai dan superbike pun tak kurang jugak.  Mungkin kerana esok cuti jadi mereka mengambil kesempatan untuk beriadah.  Seronok jugak tengok ramai-ramai berkonvoi seperti itu.
Nie gambar dari pakcik google je, tak sempat untuk ambil gambar kerana tengah drive dan kereta pun memang banyak sepanjang perjalanan.  Kali nie lebih berhati-hati dan cuba untuk mematuhi had laju di papan-papan tanda untuk mengelakkan disaman, tapi bila di laluan 60 km sejam dengan jalan yang lengang susah untuk bawa 60 saja.   Kena banyak lagi bersabar...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??