Mungkin ada yang pernah dengar tentang mee combat nie. Kalau orang Taiping, tak kenal mee combat yang gerainya di medan selera bangunan Supermarket Larut dan Matang saja la. Gerai mee combat nie dah lama wujud dan masih di tempat yang sama dan peniaga yang sama kalau tak salah. Dari zaman persekolahan hingga ke hari ini gerai ini antara yang sering menjadi tumpuan. Bagi yang balik ke Taiping, ini antara gerai yang sering disinggah untuk mengembalikan nostalgia zaman persekolahan atau zaman remaja dahulu.
Uncle nie begitu sporting dan dia cakap memang ramai dah ambil gambar dia dan letak di internet. Tapi lupa nak tanya nama dia tadi.
Kenapa digelar mee combat??? Ada yang kata sebab semasa menggoreng mee nie kuali dan sudip akan berbunyi kelentung kelentang, kelentung kelentang dan memang bising seperti orang perang (tapi sekarang dah tak sebising dulu, mungkin faktor usia Uncle kot). Kebetulan dulu kan ada cerita perang di tv iaitu Combat lakonan Vic Morrow. Orang sekarang mesti tak tau cerita tue.
Masa ambik gambar nie, anak Uncle nie bagi tau bapanya dan uncle tue pun terus posing. Saya kata nak letak dalam blog saya dia kata okay dan cakap kalau tengok kat google pun gerai dia ada dalam internet. Hebat tak hebat gerai yang kecil dan penuh nostalgia.Tak banyak bahan yang diletak dalam mee combat nie tapi rasanya tetap hebat dan sama seperti dahulu. Nie tempat letak bahan-bahan utama buat mee combat seperti cucur, ubi kentang rebus, tauhu, telur, taugeh dan sawi. Mee combat nie sama je macam mee mamak tapi ada diletak ubi kentang rebus.
Nie dia mee combat yang berharga RM3.00 sepinggan. Simple tapi sedap dan mengembalikan nostalgia. Uncle cakap kalau balik Taiping lain kali singgah la ke gerai dia.
No comments:
Post a Comment