Pukul 11.22pm semalam terima panggilan dari MK mengatakan Mazwin berada di Hospital Seri Manjung dan di dalam keadaan yang kritikal. Terus bersiap dan tunggu MK untuk sama-sama melawat Mazwin. Rupanya Mazwin koma mulai pagi semalam dan masih tidak sedarkan diri. Buah pinggang Mazwin sudah tidak berfungsi kedua-duanya, walau bagaimanpun dia tidak boleh melakukan dialisis kerana uratnya yang terlalu kecil, ini dikatakan sendiri oleh kakaknya. Setelah balik dari hospital, terima satu sms tidak lama selepas itu pada pukul 1.31am mengatakan Mazwin sudah pun meninggal dunia....
Mazwin adalah rakan sekolah sewaktu di tingkatan 1 hingga 3. Setelah lama tidak berjumpa, baru je tahun lepas pada 9 Mei 2010 bertemu kembali. Dalam gambar di atas Mazwin yang berbaju merah bersama-sama dengan Rohaizam dan juga MK. Dan hari ini baru genap setahun lebih sikit setelah berjumpa Mazwin dia telah kembali ke Rahmatullah. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Al Fatihah.
2 comments:
Takziah utk keluarga arwah... Alfatihah...
Yang hidup pasti akan mati...
Giliran kita pula selepas ini...
iye la maz... semua nie peringatan untuk kita jugak.. insaf rasanya
Post a Comment