Salam semua...
Tidak dapat digambarkan perasan lega dan gembira bila selesai satu lagi tugasan yang rasanya agak besar dan mencabar. Hari nie Panitia Sejarah sekolah menganjurkan Konvensyen Sejarah untuk guru-guru sejarah SMT/V Zon Perak yang berlangsung di Virgo Batik Resort, Teluk Batik. Majlis berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang tadi.
Ini adalah kali pertama kami menganjurkan konvensyen sejarah tanpa sebarang panduan. Jadi bertanya di sana sini untuk mendapatkan bantuan dan pendapat. Alhamdulillah rakan-rakan ramai yang turut serta membantu dan menjayakannya. Mungkin tanpa bantuan mereka majlis ini tidak dapat berjalan dengan lancar.
Di pertengahan Mac baru kami tahu tentang penganjuran konvensyen ini yang perlu dilangsungkan pada awal bulan April sedangkan pada masa itu sekolah sibuk dengan KAT. Jadi terpaksa ditangguhkan ke akhir April setelah selesai KAT tapi tidak boleh melangkaui bulan Mei kerana Guru Kanan telah bersara ketika itu. Jadi hari ini dipilih walaupun ramai yang membangkang kerana Isnin cuti Hari Pekerja.
Banyak jugak cabaran menganjurkan konvensyen ini dengan bajet yang terhad dan beberapa pengorbanan terpaksa dilakukan. Yang saspennya bila pagi tadi dapat fon call dari penceramah ingatkan dia tidak dapat hadir, rupanya dia tidak dapat mencetak satu bahan edaran kerana masalah printer. Masalah selesai dengan kecanggihan teknologi sekarang bila bahan tersebut di email dan diperbanyakkan di sini.
No comments:
Post a Comment