Monday, July 09, 2012

Semester 2 KV Bermula

Salam semua...
Hari nie 9 Julai 2012 bermulalah semester ke-2 untuk pelajar-pelajar KV.  Jadi sebagai permulaan untuk semester baru hari nie diadakan perhimpunan pada pagi ini. Senang pelajar sekarang, sejak sekolah dah jadi kolej perhimpunan pun tak perlu lagi berdiri seperti dulu, kerusi disediakan untuk mereka sepanjang perhimpunan berlangsung.
Guru-guru diletakkan di bahagian belakang kerusi pelajar dan di pentas hanya ditempatkan Pengarah, TPA, TPSA, KJ dan KU.  Tak best ye sebab sekarang geng untuk nyembang tak de kat atas pentas tue. Hahaha... (shuuu.... diam-diam ye)
Dari segi kedudukkan pelajar masih lagi sama.  Pelajar perempuan disebelah kanan dan lelaki di sebelah kiri.   Dari segi tingkatan jugak dibezakan supaya senang untuk memantau pergerakan pelajar.
Semoga sesi  pembelajaran untuk semester nie akan berjalan dengan lancar dan pelajar-pelajar akan lebih serius untuk mempelajari subjek Sejarah supaya perkara yang berlaku di semester lepas tidak berulang.  Seperti kata George Santayana seorang ahli falsafah " Those who cannot remember the past are condemned to repeat it" atau terjemahannya " Mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya".

2 comments:

jasdy said...

oh dah duduk. maka mereka akan kekurangan satu skill terulung. tidur berdiri :)

siti_m said...

hahaha... i like ur comment jasdy...
tapi diaorang nie sekarang sangat pakar tido atas kerusi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??