Monday, July 30, 2012

Rindu Ke?

Salam semua...
Bila ke sekolah hari nie selepas seminggu bermesyuarat di Shah Alam, rasa teruja untuk berjumpa kembali dengan pelajar dan mengajar semula mana-mana yang tertinggal.  Rasa macam dah tertinggal banyak benda dan kena kejar kembali mana-mana yang masih belum diajar,  Bagi pelajar tingkatan 5 lepas raya nie dah dekat Peperiksaan Percubaan.  Tak lama lagi tue dan pelajar KV pun banyak yang tertinggal.
Sementara menunggu kelas, tiba-tiba seorang pelajar buka pintu dan tanya, "cikgu pergi mana minggu lepas, lama tak nampak?  Saya siap dah lupa tarikh Malaysia merdeka bila tak belajar sejarah seminggu".  Iye la tue Eddie, ke memang tak ingat tarikh keramat tue.  Huhuhu...
Tak lama lepas tue, seorang lagi buka pintu dan tanya soalan yang sama. Wah... dalam hati kata biar betul budak-budak nie rindu kat aku. Hehehe.... gembira la jugak bila pelajar rindukan cikgunya yang pergi bermesyuarat seminggu.  Tapi rupanya patut la siap puji dan kata rindu rupanya ada udang balik mee. Huhuhu... lepas tue diaorang datang balik dan tanya, "cikgu boleh bawa pergi pasar ramadhan tak?" hahaha... tue la sebenarnya...
Apa pun sentiasa mendoakan semua pelajar berjaya di dunia dan akhirat. Amin...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??