Saturday, July 28, 2012

Olimpik London 2012, Bermula

Salam semua...
Olimpik London 2012 telah pun dirasmikan semalam. Sukan Olimpik Musim Panas 2012 (nama rasmi Sukan Olimpik XXX) atau juga dikenali sebagai London 2012, berlangsung di London, United Kingdom, mulai 27 Julai (upacara pembukaan) hingga 12 Ogos 2012. Acara pertama, iaitu peringkat kumpulan bola sepak wanita, bermula dua hari lebih awal iaitu pada 25 Julai. Seramai 10,000 orang ahli sukan yang mewakili 204 buah Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOCs) dijangka hadir.
London merupakan bandaraya pertama yang menjadi tuan rumahSukan Olimpik moden sebanyak tiga kali, setelah diberi penghormatan demikian pada tahun 1908 dan 1948.
                               
Maskot-maskot rasmi Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2012 diperkenalkan pada 19 Mei 2010; ini merupakan kali kedua (selepas Vancouver) yang mana kedua-dua maskot Olimpik dan Paralimpik diperkenalkan serentak. Wenlock dan Mandeville merupakan bentuk animasi yang menggambarkan dua titisan keluli lebur dari sebuah kilang keluli di Bolton. Mereka diberi nama Wenlock, sempena pekan Much Wenlock yang mengadakan suatu acara perintis kepada Sukan Olimpik masa kini, dan Mandeville, sempena Stoke Mandeville, sebuah desa di Buckinghamshire di mana diadakannya perintis kepada Sukan Paralimpik. Pengarang cerita kanak-kanak, Michael Morpurgo mencipta konsep cerita maskot-maskot ini, dan juga wujudnya filem animasi pendek berkenaan kisah mereka.  Dua cerita telah direka tentang maskot-maskot ini, iaitu Out Of A Rainbow, iaitu kisah kelahiran Wenlock dan Mandeville, dan Adventures On A Rainbow yang mengisahkan pertemuan kanak-kanak dari Out Of A Rainbow dengan maskot-maskot ini di samping mencuba pelbagai acara sukan Olimpik dan Paralimpik
Semua maklumat di atas ambil dari sini. Dan kalau nak dapat berita terkini tentang London 2012 bole ke website rasmi mereka di sini pulak.
The best of the Opening Ceremony

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??