Tuesday, July 17, 2012

JJCM Di Restoran Tasik Raban

Salam semua...
On the way balik ke Manjung selepas selesai program CBS di SMT Gerik, singgah di Restoran Tasik Raban.  Masa on the way ke Gerik lalu di restoran nie dah pukul 3.00 petang, jadi dah target balik nanti mesti singgah untuk makan tengahari {:1_530:}{:1_530:}.
Kat mana restoran Tasik Raban nie? Senang saja. Kalau datang dari Kuala Kangsar ke Gerik restoran nie terletak  lebih kurang 30 ke 35 kilometer cam tue la, restoran nie di sebelah kanan.  Restoran Tasik Raban nie kalau tak salah ada 3 cawangan dan 2 terletak di Ipoh.  Kalau yang terletak dekat dengan stadium tue pernah la makan di situ tapi yang dekat Lenggong, nie la first time cuba.  Sebelum nie tengok dan lalu je tak pernah singgah.
Ruang makan agak besar sebab tue la walaupun banyak kereta, tempat duduk mesti ada.  Ok kita tengok apa lauk pauk yang dihidangkan.  Gambar atas nie  antara masak lemak yang ada seperti masak lemak pisang, rebung, ikan keli, tempoyak ikan patin dan macam-macam lagi jenis.  Pilih je mana suka.
Pilihan sayur-sayur kampung sampai tak tau nak pilh mana satu.
Nie di kaunter satu lagi ada ikan goreng, masak sambal dan macam-macam lagi.
Yang nie pulak bahagian ulam-ulaman. Ada terung bakar, peria, jering, timun, pucuk paku celur dan lain-lain lagi,  tapi rasanya Restoran Silaturahim di Teluk Muruh, Lumut lagi banyak jenis ulam-ulamnya.   Di samping ulam-ulam nie ada tempoyak, sambal belacan, budu.  Memang best.  Tambah tempoyak tue fresh wah lagi la best..
Yang nie la kenapa orang ramai singgah di restoran nie.  Ikan bakar yang istimewa dengan sos atau sambal yang diletak di atas ikan tue.  Ikan yang ada di hari Ahad tue ikan talapia dan ikan kaloi yang tinggal 2 ketul saja.  Harga  berdasarkan berat ikan dan harga dalam lingkungan RM 26 ke 45.  Lagi besar ikan yang dipilih lagi mahal la harganya.
Lepas pilih, ikan akan dibakar semula dan diletak sambal di atasnya.  Semerbak aroma ikan bakar.
Pilih ikan kaloi sebab ikan talapia dah pernah makan.  Sambal tue memang sedap, cuma ikan yang dipilih nie besar jadi isinya agak liat.  Apa pun memang berbaloi la dengan apa yang dibayar.  Memang sedap, lain kali boleh singgah lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??