Monday, July 02, 2012

KOT 2012

Salam semua...
KOT tue Kejohanan Olahraga Tahunan yang diadakan pada 29 Jun 2012, hari Jumaat lepas.  Buat tahun keduanya KOT diadakan di Stadium MPM.  Tak berkesempatan untuk letak gambar-gambar dan ceritanya dalam blog lebih awal sebab ada je kerja-kerja last minute yang perlu disiapkan dengan segera jadi kerja-kerja untuk update blog selalu terbengkalai.  Hrmmm... nak buat cam mana.
Tak banyak nak cerita tengok je la gambar-gambar yang diambil yang tak seberapa nie.  Sukan dimulakan dengan ketibaan tetamu jemputan dan perarakkan rumah sukan pun bermula.



KOT bermula pagi dan hari semakin lama semakin panas jadi penonton makin lama makin kebelakang untuk  elakkan panas mentari.


Hanya berkesempatan untuk melihat dua tiga acara sahaja kerana terlibat dengan jamuan untuk tetamu.
Waktu rehat diserikan lagi dengan kawad formasi dari Kadet Polis yang menjadi johan kawad peringkat daerah, lupa dapat nombor berapa untuk peringkat negeri.


Rumah biru atau Beta menjadi johan, dan biasa la rumah saya Alpha atau kuning menjadi johan dari belakang hahaha....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??