Monday, July 02, 2012

Tugas Di KOT 2012

Salam semua...
Untuk KOT baru nie ditugaskan untuk menyediakan makanan untuk pelajar-pelajar rumah Alpha.  Jadi sehari sebelum tue, hari Khamis sibuk la ke kedai buah untuk beli buah lai, order nasi lemak dan beli air dari kedai borong.  Sebelum tue memang dah survey dulu barang-barang yang hendak dibeli.
Nasib baik di hari KOT, cikgu Anizam seperti gambar di atas dan bawah memberi pertolongan dengan bantuan beberapa orang pelajar untuk membungkus dan mengedarkan bungkusan makanan kepada para pelajar rumah Alpha.

Bantuan dari pelajar-pelajar lain jugak diminta untuk mempercepatkan kerja-kerja membungkus makanan.  Cikgu Sabri selaku ketua bagi rumah Alpha juga datang untuk melihat kerja-kerja yang dilakukan.
Bila dah ada orang yang tolong tengokan kerja-kerja, pergi pulak tengok jamuan untuk tetamu jemputan di bilik jamuan.  Hahaha..... itu la selalunya kerja yang diberi - handle jamuan.  Hrmmm mungkin sebab apa ye??? Rasa-rasanya ramai kawan-kawan yang dah tau dah jawapannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??