Monday, July 09, 2012

Hadiah Dan Fridge Magnet Dari STESMA '97

Salam semua...
Biasa la bila hadir untuk majlis-majlis reunion mesti ada hadiah. Hehehe... nie yang suka {:1_152:}{:1_152:}{:1_152:} (tapi sebenarnya ikhlas cakap tak de hadiah pun tak pe).  Yang penting adalah majlis perjumpaan tersebut dapat berjumpa kembali dengan bekas pelajar atau kawan-kawan. Memang sangat gembira kerana rasanya batch 96 - 97 nie la batch keluaran pertama saya sebagai cikgu. Mula menjadi guru dan mendaftar pada 3 Julai 1995 ( terlupa sebenarnya dengan tarikh keramat nie, baru je teringat dua tiga hari nie)  Mula mengajar dari mereka masuk ke SMTSM sehingga tamat pengajian. Batch sebelum nie hanya mengajar bermula di bulan Julai 95.
Ehhh.. dah melalut cerita sejarah mula-mula jadi cikgu pulak.  Ok nie saja la nak tunjuk hadiah yang diberi dari reunion STESMA 97 yang diadakan pada hari Jumaat yang lalu.  Entry sebagai tanda sangat-sangat menghargai pemberian mereka.  Dari mereka semua dihadiahkan pembuka surat dan jugak jeruk dari Pulau Pinang sebab pengarah dan isteri (dua-dua dari kelas yang sama walaupun dengarnya bercinta semasa di U)  untuk projek nie bertugas di sana.  Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis kali ini.
Selain tue terima jugak 3 fridge magnet dari Raja Muhalli dari tempat yang dia pernah bertugas.  Sebelum nie memang pernah berbual dan tanya boleh ke belikan FM dari tempat yang dia kunjungi.  Nanti kira la masuk bil.  Nak harap saya pegi bercuti rasanya tak la kot.  Tapi alhamdulillah nie semua dihadiahkan dan ada yang dah beberapa tahun ada dalam beg dia katanya.  Muhalli nanti boleh hadiahkan lagi ye .
FM di atas nie dari Chile.  Jauhkan datangnya, masa Muhalli di sini, kawan saya Kak Zue pun berada di Chile mengikut suaminya yang bertugas di Kedutaan Malaysia di Santiago.  Rupanya mereka siap jadi best friend di sana.
FM yang ada tulis Pokhara nie datangnya dari Nepal.  
Satu lagi dari Costa Rica tak pasti sama ada dia bercuti di sana atau bertugas.  Costa Rica nie terletak di Amerika Tengah di antara Nicaragua dan Panama.
FM nie pulak dari Hifzi yang baru je balik bertugas dari Sudan.  Kebetulan semasa dia membahagi-bahagikan FM kepada kawan-kawannya saya masih ada di situ, jadi merasa la jugak satu.  Terima kasih Hifzi. Ini FM Dubai yang ke 3 atau ke 4 sebab pernah dihadiahkan oleh adik.
Bertambah koleksi FM saya Alhamdulillah.  Nanti nak buat satu entry tentang koleksi FM je.  Hari tue Izwan Shah ada kata.. ehhh.... cikgu kumpul FM ye? Ok nanti saya belikan.. Heheheh betul kan Izwan? 

2 comments:

finizaini said...

sya kn ade bwk gak FM dr bandung..
bandung je le...tp bleh lupa nk mmbagi..tp takat bandung je kn..bkn cam muhali jauh2..ehehhee

siti_m said...

fini dari bandung tue jauh jugak... aiseh terlepas nak dapat FM dari sana... hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??