Monday, November 07, 2011

Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre, Hong Kong

Salam semua...
Masjid nie agak istimewa sebab merupakan pusat komuniti untuk penduduk Islam di sini.  Selain itu di tingkat 5 menempatkan satu kantin untuk kita menikmati masakan Cina dan dim sum yang halal.
2 kali ke masjid nie di hari pertama dan keempat semasa di sini, untuk makan di Islamic Centre Canteen (nanti buat satu entry tentang makan-makan nie).  Masa kali pertama hanya berpandukan peta dan bila ditanya kedudukannya semua tunjuk arah ke depan.   Terus berjalan di Wan Chai Road dan rasanya macam dah jauh berjalan.  Jalan-jalan sampai la terjumpa dua orang kanak-kanak berkopiah macam baru balik mengaji dan mereka terus tunjukkan masjid nie, dah dekat sangat masa tue.  Cuma kedudukannya di belakang jalan utama iaitu di Oi Kwan Road yang menyebabkan agak sukar mencarinya.
Masjid nie 8 tingkat semua sekali.  Ada perpustakaan, klinik, bilik kuliah, dewan orang ramai, kantin dan semestinya dewan sembahyang untuk lelaki dan perempuan berlainan tingkat.
Plak nie terdapat di kantin yang berada di tingkat 5.  Masjid nie telah dibuka pada 14 Sepetember 1981.
Dewan sembahyang lelaki dan perempuan terletak di tingkat yang berasingan.

Masa di sini, lif sedang diselenggara, jadi kena menapak ke tingkat 5 untuk ke kantin tersebut.
Mural yang diperbuat dari tiles gambar Kaabah berada di tingkat bawah.
Gambar dan banner di laluan tangga di bawah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??