Sunday, November 20, 2011

Jumpa Dengan MK Dan Isteri

Salam semua...
Semalam balik ke Taiping sekejap.  Ada urusan yang perlu dibereskan.  Sekejap sebab dari Manjung dalam pukul 7.30 pagi dan pukul 2.00 petang dah sampai balik kat Manjung.  Bila balik Taiping sorang-sorang je memang tak best la, kalau tak boleh jugak bermalam kat kampung, kalau sorang macam malas la pulak baik duk  Manjung je.

Pagi tadi ada breakfast date dengan kawan masa sekolah kat kedai mamak di Lumut.  MK dan wife dia Nancy memang pasangan yang unik kerana MK berbangsa India dan isterinya Cina.  Anak-anak mereka bila tengok mesti ramai yang ingat budak Melayu.   Gambar nie gambar lama, gambar 2 tahun lepas kalau tak salah masa berkunjung ke rumah MK di atas bukit kat Lumut, pagi tadi ada bawa kamera tapi dah asyik sembang-sembang dan makan terus lupa nak ambil gambar diaorang.
Kagum dengan MK sebab dia memang rajin dan bila cakap tentang kerja, dia selalu kata tentang dia nak gaji yang dia dapat berkat sebab itu yang akan diberi kepada anak dan isteri.  Wah... macam mana tue walaupun bukan beragama Islam tapi dia tau tentang keberkatan duit gaji yang diterima.  MK juga rajin untuk memperbaiki kerjaya dan tahun depan akan sambung belajar untuk peringkat Sarjana pulak, walaupun kerjaya dalam Navy dah semakin cemerlang.  Rasa macam nak sambung belajar pulak... tambah nampak iklan sambung belajar kat suratkhabar ari nie.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??