Tuesday, November 29, 2011

Lesen Memandu Oh Lesen Memandu...

Salam semua...
Hari nie banyak yang perlu diuruskan berkaitan dengan kereta.  Mula-mula cerita tentang renew lesen memandu dulu la ye yang dah tamat tempoh pada 27 November 2011, Ahad baru nie. Baru lagi tue, ada kawan seorang tue dah mati lesennya pada 8 Oktober lalu relaks je tak renew lagi. Lupa yang Isnin cuti sempena Awal Muharram jadi hari nie kena settle dan renew lesen dulu sebelum selesaikan urusan yang lain.  Lagi pun esok pagi-pagi perlu ke Ipoh untuk mesyuarat selama 3 hari jadi memang tak berkesempatan untuk hidupkan balik lesen tue dalam minggu nie kalau tak buat hari nie.
Memang selalu hidupkan lesen nie 3 tahun sekali, tengok tarikh lesen tue dah tamat pun.  Jadi lepas ambil Maznah terus ke JPJ dan lepas tue baru nak breakfast.  Ambil nombor giliran, sekejap je tunggu dah kena panggil dan kerani JPJ tue kata, akak ada saman JPJ tak settle lagi jadi tak boleh renew lesen nie... Alamak!!!
 Saman di Pulau Pinang pada 15 Julai 2009, dah lama tue dan dia suruh ke Bahagian Penguatkuasa untuk settle saman dulu baru boleh renew saman.  Bila ke Bahagian Penguatkuasa, dia semak dan saman nie tentang penggunaan telefon semasa memandu.   Laaa... saman nie ke.... ingat dah settle sebab minta seorang kawan tolong settlekan, rupanya nan adoo...  Kerani JPJ di situ ingatkan lain kali buat sendiri sebab nie perkara personal.  Perkara nie dah dibawa ke mahkamah Bukit Mertajam dan kes tak selesai lagi.  Jadi hendak tak hendak kena la bayar saman kalau nak renew lesen memandu.
Tue dia kena bayar saman RM200.00.  Ingat kena tinggi lagi sebab kes tahun 2009, nak buat cam mana lain kali kena beringat la.  Jangan menggunakan telefon sewaktu memandu, kalau nak guna jugak, guna handsfree dan lain kali apa saman pun kena settle sendiri.  Hrrmmm....
Lepas bayar saman dia kata kena tunggu dalam 12 minit untuk masuk dalam sistem baru boleh renew lesen.  Terus renew 3 tahun jugak, mula-mula ingat nak buat untuk 5 tahun tapi bila jadi macam nie tak tahu pun saman tak settle buat 3 tahun dah la.  Dan mulai sekarang lesen boleh direnew menggunakan tarikh hari jadi.   Jadi kebetulan tarikh lahir tak lama dah jadi nampak tak tarikh mati lesen tue 3 Januari 2015.  Kononnya supaya tak lupa.  Bila ingat birthday ingat la nak renew lesen memandu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??