Friday, November 18, 2011

Cuti Bermula

Salam semua...
Bestnya... hari nie last hari persekolahan untuk tahun 2011.  Biasa la seperti selalu bila nak cuti mesti ada mesyuarat terakhir sebelum mula bercuti dengan macam-macam pesanan dan peringatan.  Masih belum dapat membayangkan macam mana sesi pembelajaran tahun depan.  Nak tulis persekolahan tak boleh la sebab tahun depan dah jadi kolej vokasional bukan sekolah lagi.  Waktu bekerja dari pukul 8 hingga 5 macam mana la ye...  Datang tahun 2012 terima la segalanya dengan hati terbuka dan redha.  Mungkin semua nie ada hikmah yang tersembunyi yang perlu diterokai.

Jadi untuk cuti sekolah yang telah bermula sehingga 2 Januari 2012 elok la enjoy dan nikmati cuti yang ada sepenuhnya.  Tahun depan dah lain sistemnya.  Ada beberapa kerja yang perlu dilaksanakan semasa cuti semoga semua berjalan lancar dan cuti yang menggembirakan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??