Sunday, November 13, 2011

Malakoff Powerman Malaysia 2011

Salam semua...
Lumut atau Manjung merupakan venue utama untuk acara Powerman Malaysia yang dianjurkan oleh Malakoff setiap tahun.  Hari nie 13 November 2011, berlansungnya acara yang disertai oleh pelbagai peserta dari dalam dan juga luar negara.
Semalam bila sampai di Orient Star, Lumut memang ada sebuah bas baru menurunkan peserta dan basikal yang bakal menyertai pertandingan nie.   Ada yang tengah memasang basikal dan menyimpan basikal di ruang yang dikhaskan.
Gambar bawah nie adalah peraturan dan undang-undang pertandingan selain peta larian dan berbasikal.
Tempat yang dikhaskan untuk menyimpan basikal.  Ada banyak lagi basikal kat luar bilik nie.
Pagi Ahad nie macam biasa bila nak keluar beli paper dan breakfast rupanya tengah berlangsung larian Powerman Malaysia di jalan besar dekat rumah.  Patut la sebelum keluar asyik dengar bunyi helikopter berlegar-legar berkali-kali.
Kena tunggu sampai peserta berkurangan baru la boleh jalan, itu pun ada jalan yang ditutup sana sini.  Yang jaga aliran trafik siap cakap jalan depan tutup, sila masuk jalan di sebelah kiri dan pandai-pandai la cari jalan, saya orang KL. Ooooo... sib baik saya orang Manjung...
Respek bila tengok ada peserta yang agak veteran steady je berlari dengan tenang.
Kat depan nie disediakan air untuk peserta minum. Patut nampak banyak gelas kertas atas jalan.
Masa nie kena berhenti tepi jalan, rupa-rupanya laluan sebelah kiri ditutup tapi tue la kat simpang tadi tak de sapa pun tegur bila saya ke kiri, ingat ok je. Sib baik ada yang tolong bantu untuk masuk ke sebelah kiri di lorong depan tue.
Dah lepas mula cari jalan untuk pegi breakfast dan beli suratkhabar.  Pusing-pusing dan ada la jalan di tutup jadi sabar je la tak lama pun kan.   Bukan hari-hari Powerman Malaysia nie, setahun sekali je.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??