Sunday, May 29, 2011

Coretan Ke-78 - Cenderamata Dari Manjung

Salam semua...
Jika ada tetamu dari luar Manjung selalunya hadiah yang diberi adalah merupakan hamper makanan laut keluaran Manjung.  Selalunya ia adalah dari hasil laut Pulau Pangkor.  Mana bole lawan ikan bilis dari Pangkor yang ternyata rangup, sedap dan lazat bila digoreng.  Petang tadi ke kedai menjual makanan laut yang banyak terdapat di sini kerana ada yang memesan dan sebagai cenderamata untuk satu perjumpaan dengan rakan-rakan.  Nampaknya harga pun semakin naik setiap kali ke kedai ini.
Ikan bilis ada pelbagai jenis dan harga.  Untuk yang rajin boleh la  beli yang belum dikopek tapi yang kurang sikit tue belilah yang dah dikopek.  Senang kerja boleh terus masak je.
 Nie pulak udang kering yang jugak pelbagai jenis ada jugak yang datangnya dari Sabah, Sungai Besar selain Pangkor.
Di kiri sekali tue adalah ikan tenggiri yang diletak dalam minyak selain ada jugak ikan tenggiri yang dijual seekor.  Sedap kalau dimasak bersama kailan atau kangkong ikan masin.  Belakang tue adalah snack dan tidbits makanan laut sotong kering, keropok, satay fish dan lain-lain.
 Tue dia sotong kering dan jugak keropok ikan pun ada.
Nie pulak gambar ikan masin seperti ikan talang, ada jugak gelama masam, tenggiri, kurau dan lain-lain lagi.  Kalau nak masak nasi lemak ikan bilis atau sotong kering memang la selalu ke sini...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??