Saturday, May 21, 2011

Coretan Ke-69 - Kunjungan Seorang Sahabat

Salam semua...
Semalam dapat panggilan talipon dari seorang sahabat yang dah lama berpindah sekolah dan dia berada di Manjung.  Dia mula ke Pekan, Pahang, kemudian ke Jitra dan awal tahun nie dah pun berpindah ke Bedong, Kedah.  Wah dia dah pindah ke beberapa sekolah sedangkan saya masih lagi di tempat yang sama tak berpindah-pindah dan bertukar dari awal posting lagi.  Nampaknya kena berubah dan bertukar angin lepas nie.  Lama-lama bosan jugakkan.

Semasa berkunjung ke rumah Lin
Robaiah atau lebih dikenali dengan nama Kak Bie mempunyai 4 putera dan seorang puteri.  Istimewanya nama anak-anak Bie nie adalah nama mereka dari  gabungan huruf-huruf A, I, M dan N. Bermula dengan Amin, Iman, Naim dan yang bongsu perempuan Amni.  Anak yang ketiga bernama Amri saja yang lain sikit.  Bila berjumpa Bie dibawa ke rumah Lin, Kamariah dan juga Zanura.  Moga persahabatan yang terjalin akan berkekalan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??