Sunday, May 08, 2011

Coretan Ke-55 - Fast & Furious 5

Salam semua...
Semalam petang pergi tengok filem yang sedang hangat diperkatakan di sana sini iaitu Fast & Furious 5.  Kat bawah nie sinopsis tentang filem, pinjam dari satu blog nie.

Dibintangi oleh: Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson (The Rock), Jordana Brewster, Tyrese Gibson, Ludacris, Matt Schulze, Sung Kang, Gal Gadot

Genre: Aksi / Thriller
Fast & Furious 5 mengisahkan bagaimana Brian O'Conner dan Mia Toretto yang akhirnya menjadi buruan polis selepas bersekongkol  membantu Dom Toretto melepaskan diri daripada dipenjarakan. Untuk mengelakkan diri ditahan polis Amerika mereka telah melarikan diri ke Rio Janeiro, Brazil.

Kerana terdesak memerlukan wang, mereka melibatkan diri dalam satu rompakan kereta. Tanpa diduga penglibatan mereka itu membuatkan mereka  terperangkap dengan konflik yang lebih besar apabila terkait dengan Reyes, individu paling berpengaruh di Rio. Apabila mendapat tahu Reyes mempunyai wang yang sangat banyak, Brian dan Toretto bercadang untuk merompaknya bagi mengumpul wang persaraan.

Untuk memastikan rancangan itu berjaya,  mereka telah mengumpulkan beberapa orang untuk dijadikan satu kumpulan khas untuk menjayakan misi yang sangat sukar itu. Dalam masa yang sama, mereka juga perlu  berhadapan dengan Luke Hobbs,  seorang ejen yang yang ditugaskan untuk menangkap mereka bertiga.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??