Thursday, May 05, 2011

Coretan Ke-50 - Laksa Goreng Mak Unggal

Salam semua...
Semasa rehat di waktu petang semalam sempat ke Sungai Pinang Kecil, Pulau Pangkor untuk makan laksa goreng di gerai Mak Unggal.  Famous tau laksa nie sebab pernah masuk dalam Jalan-jalan Cari Makan semasa Serina Redzuawan menjadi pengacara tahun lepas.  Tengok gambar bawah nie, yang belah kanan tue dekat tempat meletak bahan jualan dalam kaca, digantung plak Jalan-jalan Cari Makan.  Gerai nie  kecil sahaja tetapi pelanggan yang datang untuk membeli laksa tidak putus-putus.
Nie dia laksa goreng.  Tengok sekali macam spaghetti tapi bila makan tau nie adalah laksa beras yang dibuat sendiri oleh Mak Unggal.  Boleh tahan jugak sedapnya laksa nie.  Sepinggan berharga RM 2.50 kalau tak salah sebab lupa tanya harganya.  Pegi bertiga kami order 3 pinggan laksa goreng, satu pinggan laksa lemak, satu bungkus nasi lemak dan tiga gelas air barli suam, semua sekali RM12.00.
Laksa lemak, kuahnya sama macam laksam tapi kali nie makan dengan laksa.  Boleh tahan sedapnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??