Tuesday, May 03, 2011

Coretan Ke-48 - Perjalanan


Salam semua...
Sampai di Pangkor Holiday Resort dalam pukul 4.30 pm.  Duduk-duduk kejap cuba buka komputer dan tengok ada wifi di sini.  Wah bestnya terus buka internet.  Boleh la berfb dan buka blog bila free.
Kali nie ke Pulau Pangkor melalui Marina Island.  First time melalui jeti Marina Island dan tidak ramai orang yang menaiki bot dari sini.  Bagi yang kali pertama menggunakan perkhidmatan di sini, perlu menjadi ahli Marina Island Travel Club terlebih dahulu.  Ada dua pakej individu RM 5.00 dan RM 10.00 untuk keluarga selama setahun.  Pejabat jualan tiket feri dan keahlian Marina Island nie begitu selesa dan besar.  Mungkin dengan lebih promosi lebih ramai yang akan ke Pulau Pangkor melalui Marina Island yang hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja berbanding Lumut lebih kurang 30 minit.

Pejabat jualan tiket yang lengang dan masa membeli tiket hanya saya sorang saja yang berurusan.
Kad keahlian yang dapat masa itu juga di mana di belakang kad itu di scan gambar ic kita.
 
Wah semakin menghampiri Pulau Pangkor.  Walaupun dah selalu ke sana tapi kali ini teruja juga kerana kali pertama ke sana melalui jeti Marina Island.
  Tiket akan discan terlebih dahulu sebelum bole masuk ke bahagian departure.
  Bot dah sedia menunggu.  Lebih kecil dari bot yang melalui Jeti Lumut.
  Itu dia jeti Marina Island yang ditinggalkan.
 
Semakin jauh dan semakin dekat menghampiri Pulau Pangkor.
  Dah mula kelihatan bot-bot nelayan di Pulau Pangkor.
  Semakin menghampiri Jeti Pangkor.
  Dah sampai pun.
 
Terus ke tempat teksi untuk ke tempat penginapan.  Di Pangkor teksi adalah van berwarna pink.

  Masing-masing mencari teksi ke tempat penginapan.  Kumpulan nie nak ke Coral Bayview.  Satu teksi dimuatkan 5 orang dengan bayaran RM 2.00 seorang atau RM10.00 satu teksi.
 Tu dia Pasir Bogak terus...
Entry nie saja je letak gambar-gambar, sampai di bilik terus je rehat-rehat dan esok mungkin baru nak ke Kota Belanda dan nak cari laksa goreng Mak Unggal.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??