Sunday, May 29, 2011

Coretan Ke-76 - Selamat Ke???

Salam semua...
Bila balik ke Taiping saya akan ikut jalan melalui pekan Pantai Remis.  Di pekan Pantai Remis nie ada sebuah masjid jika tak salah Masjid Al-Aliah.  Cuba tengok menara masjid nie ada apa-apa yang lain tak?   Sekali tengok memang tak de masalah biasa je macam menara masjid lain.
Tapi jika lihat lebih dekat kita akan lihat bahawa di atas menara tue macam dibuat daripada zink sahaja.  Nampak tak yang berwarna pink dan di atasnya kuning.  Binaan di bawah binaan pink dibuat daripada batu-bata dan simen tapi yang atas dari besi.  Tak ke mudah rosak dan kalau angin bertiup kencang akan mudah terbang dibawa angin.  Entah la saya bukan jurutera cuma terfikir je tentang soal keselamatan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??