Wednesday, May 04, 2011

Coretan Ke-49 - Bermula Kerja

Salam semua...
Mulai malam semalam bermulanya mesyuarat untuk menyiapkan kerja-kerja yang telah diberikan.  Terdapat 9 kumpulan di dalam mesyuarat tersebut yang terdiri lebih kurang 80 orang.  Masing-masing tekun untuk menyiapkan bahagian yang telah diamanahkan.  Gambar di bawah nie adalah permulaan mesyuarat malam semalam setelah diberi sedikit taklimat. Masing-masing menghadap komputer sendiri dan cuba menyiapkan kerja sebelum hari Khamis.
Cikgu Puzie Yahya juga selaku ketua kumpulan saya telah memberikan sedikit sebanyak panduan sebelum bermulanya kerja
Hari ini mesyuarat bermula pada pukul 8.00 am hingga pukul 1.00 pm.  Setelah rehat bermula semula pada pukul 2.00 pm hingga 4.30 pm.  Kumpulan saya telah berjaya menyiapkan 1 tugasan penting sebelum berhenti rehat untuk makan tengahari.  Petang ini akan diteruskan untuk satu lagi kerja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??