Tuesday, July 31, 2012

Tazkirah Ramadhan - Kesilapan Di Bulan Ramadhan

Salam semua...
Entry nie sama macam entry sebelum nie.  Iye la dah ambil pun dari fb kan jadi persamaan tue mesti ada sedikit sebanyak kat mana-mana.  Tak pe nie semua untuk peringatan kita semua terutama diri sendiri yang sering melakukan kekhilafan.

Tazkirah Ramadhan - Doa

Salam semua...
Doa adalah senjata orang Mukmin.  Dengan berdoa kita akan dapat kekuatan untuk menjalani hidup seharian yang penuh dengan cubaan dan dugaan.
Tak pernah jemu berdoa untuk dia semoga dia akan berubah.... Insyaallah...

Monday, July 30, 2012

Rindu Ke?

Salam semua...
Bila ke sekolah hari nie selepas seminggu bermesyuarat di Shah Alam, rasa teruja untuk berjumpa kembali dengan pelajar dan mengajar semula mana-mana yang tertinggal.  Rasa macam dah tertinggal banyak benda dan kena kejar kembali mana-mana yang masih belum diajar,  Bagi pelajar tingkatan 5 lepas raya nie dah dekat Peperiksaan Percubaan.  Tak lama lagi tue dan pelajar KV pun banyak yang tertinggal.
Sementara menunggu kelas, tiba-tiba seorang pelajar buka pintu dan tanya, "cikgu pergi mana minggu lepas, lama tak nampak?  Saya siap dah lupa tarikh Malaysia merdeka bila tak belajar sejarah seminggu".  Iye la tue Eddie, ke memang tak ingat tarikh keramat tue.  Huhuhu...
Tak lama lepas tue, seorang lagi buka pintu dan tanya soalan yang sama. Wah... dalam hati kata biar betul budak-budak nie rindu kat aku. Hehehe.... gembira la jugak bila pelajar rindukan cikgunya yang pergi bermesyuarat seminggu.  Tapi rupanya patut la siap puji dan kata rindu rupanya ada udang balik mee. Huhuhu... lepas tue diaorang datang balik dan tanya, "cikgu boleh bawa pergi pasar ramadhan tak?" hahaha... tue la sebenarnya...
Apa pun sentiasa mendoakan semua pelajar berjaya di dunia dan akhirat. Amin...

Saturday, July 28, 2012

Me At The I-City, Shah Alam

Salam semua...
Berkesempatan untuk ke I-City, Shah Alam pada hari Rabu 26 Julai 2012 yang lepas.  Dah lama nak ke sini, ini baru berkesempatan.  Tengok gambar je la ye... tak de mood la nak bercerita.. Apa pun memang cantik I-City nie dengan lampu yang berwarna-warni.
 

Olimpik London 2012, Bermula

Salam semua...
Olimpik London 2012 telah pun dirasmikan semalam. Sukan Olimpik Musim Panas 2012 (nama rasmi Sukan Olimpik XXX) atau juga dikenali sebagai London 2012, berlangsung di London, United Kingdom, mulai 27 Julai (upacara pembukaan) hingga 12 Ogos 2012. Acara pertama, iaitu peringkat kumpulan bola sepak wanita, bermula dua hari lebih awal iaitu pada 25 Julai. Seramai 10,000 orang ahli sukan yang mewakili 204 buah Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOCs) dijangka hadir.
London merupakan bandaraya pertama yang menjadi tuan rumahSukan Olimpik moden sebanyak tiga kali, setelah diberi penghormatan demikian pada tahun 1908 dan 1948.
                               
Maskot-maskot rasmi Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2012 diperkenalkan pada 19 Mei 2010; ini merupakan kali kedua (selepas Vancouver) yang mana kedua-dua maskot Olimpik dan Paralimpik diperkenalkan serentak. Wenlock dan Mandeville merupakan bentuk animasi yang menggambarkan dua titisan keluli lebur dari sebuah kilang keluli di Bolton. Mereka diberi nama Wenlock, sempena pekan Much Wenlock yang mengadakan suatu acara perintis kepada Sukan Olimpik masa kini, dan Mandeville, sempena Stoke Mandeville, sebuah desa di Buckinghamshire di mana diadakannya perintis kepada Sukan Paralimpik. Pengarang cerita kanak-kanak, Michael Morpurgo mencipta konsep cerita maskot-maskot ini, dan juga wujudnya filem animasi pendek berkenaan kisah mereka.  Dua cerita telah direka tentang maskot-maskot ini, iaitu Out Of A Rainbow, iaitu kisah kelahiran Wenlock dan Mandeville, dan Adventures On A Rainbow yang mengisahkan pertemuan kanak-kanak dari Out Of A Rainbow dengan maskot-maskot ini di samping mencuba pelbagai acara sukan Olimpik dan Paralimpik
Semua maklumat di atas ambil dari sini. Dan kalau nak dapat berita terkini tentang London 2012 bole ke website rasmi mereka di sini pulak.
The best of the Opening Ceremony

Tazkirah Ramadhan - Ganjaran Puasa Di Bulan Ramadhan

Salam semua...

Friday, July 27, 2012

Dugaan Lagi...

Salam semua...
Dugaan itu datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Kadang-kadang tanpa kita sangka dan duga ia datang lagi sedangkan kita sangat-sangat mengharapkan bahawa ia telah pun berakhir.  Pertanyaan  tanpa jawapan sering bermain di minda. Kecewa tak payah cakap la, datang bertimpa-timpa.

Semoga bukan masalah yang membuat kita gundah gulana dunia...Aamiin.
Semoga bukan pasrah yang membuat kita hilang arah dalam mencari keredhaan-Nya...Aamiin.
Tetaplah benar dalam mencari hidayah-Nya...Aamiin.
Tetaplah bersyukur dalam meraih magfirah-Nya...Aamiin.
Semoga selalu dan selamanya dalam lindungan dan ampunan-Nya...Aamiin.
Semoga dia sedar dengan segala kekhilafan yang telah dilakukan dan berubah..  Insyaallah...  Amin...

Saturday, July 21, 2012

Tazkirah Ramadhan - Tanda-tanda Iman Semakin Lemah

Salam semua...
Alhamdulillah selesai sudah kita menjalani ibadah puasa di hari pertama.  Apa kata kita tengok sama ada kita ada atau tidak tanda-tanda iman yang semakin lemah.  Kalau ada sila buat sesuatu dengan kadar segera untuk memantapkan iman kita semula.

Friday, July 20, 2012

Niat Puasa Dan Berbuka

Salam semua...
Esok kita akan mula berpuasa di bulan Ramadhan.  Jadi sebagai memperingati semula niat untuk berpuasa jadi letak di sini niat untuk panduan bersama, niat untuk berpuasa sebulan dan doa untuk berbuka puasa.  Semoga kita semua mendapat rahmat dari NYA...


Thursday, July 19, 2012

Tazkirah Ramadhan - Kesilapan Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadhan

Salam semua...
Alhamdulillah bulan Ramadhan akan kunjung tiba insyaallah hari Sabtu ini.  Jadi cadangnya nak letak entry tentang tazkirah Ramadhan sepanjang bulan ini jika keadaan mengizinkan untuk panduan bersama terutama untuk peringatan diri sendiri. Kita mula dulu dengan kesilapan yang sering dilakukan dalam bulan Ramadhan.  Ambil dari fb la nie.  Moga kita tidak akan mengulangi kesilapan yang mungkin kita pernah lakukan dahulu.

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak, mohon maaf atas segala kesilapan... jadikan Ramadhan ini yang terbaik dalam hidup kita.  Ahlan Ya Ramadhan Kareem.

Mohamad Rizq Irfan

Salam semua...
Nie la buah hati Noorkumalasari dan Amali. Nor dan Amali dua-dua student saya dan bila mereka bertemu jodoh dan sekarang menetap di Manjung dah jadi best friend pulak.  Nor nie dapat nama sebab nenek dia minat sangat dengan seniwati Umi Kalsom sebab tue emaknya dinamakan Umi Kalsom dan dia Noorkumalasari.  Macam artis pulak kan... Semalam dinner dengan Nor dan Irfan di SR.  Tengok la gambar Irfan semalam, yang dah jadi handsome boy sekarang.













Wednesday, July 18, 2012

Ikan Pekasam Tasik Raban

Salam semua...
Ok nie entry last tentang perjalanan ke Gerik hujung minggu lepas.  Masa ke sana ada satu benda yang dicari tapi sebab tak tau nak cari di mana jadi jumpa dan beli di Lenggong saja.  Lepas berhenti di Restoran Tasik Raban singgah di satu tempat dia tulis Pusat Pengumpulan Kecil Kg Kelantan, Lenggong.  Kira macam tempat pengumpulan hasil dan produk IKS setempat.
Nie la benda yang dicari.. ikan pekasam.  Memang kat Manjung dan banyak tempat pun ada jual tapi ramai yang kata ikan pekasam dari daerah sini lebih umphh...  Tambahan Din, kawan sekolah dulu pernah bagi ikan pekasam dari Gerik.  Masih terasa-rasa sedapnya ikan pekasam tue.  Lagi pun bulan puasa tak lama dah nak kunjung tiba, jadi kalau ada ikan pekasam untuk sahur mesti sedap :2lol: :2lol:.  Orang sibuk nak beribadat sempena kedatangan Ramadhan, nie sibuk cari ikan pekasam... issshh....:shakehead3: :shakehead3:
Ikan pekasam ada macam-macam jenis sampai tak pernah dengar nama ikan bila akak penjual tue sebut.  Semua ikan-ikan nie katanya datang dari Tasik Raban.  Memang produk tempatan.  Ikan yang kat atas nie dia jual 3 peket RM 10.00. Pilih je nak ikan apa. 
Bila tanya talapia ada tak akak nie kata ada tapi besar dia pun terus tunjuk.  Yang dia pegang tue la.
Ikan pekasam yang kat atas nie pulak ikut harga yang tertera di atas peket plastik tue.  Sebab ikan lebih besar jadi harga pun lain dari yang mula-mula tadi.  
Gambar ikan pekasam goreng nie ambik kat google je, dah goreng sekali tapi tak de la ambil gambar bagai. Rasa ok sangat.  Best kan goreng sekali dengan bawang dan cili
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??