Salam semua...
Sedapnya kalo dapat makan yong tau foo malam nie.... Lama rasanya tak makan. Dulu bila teringin je beli dekat pasar malam dan di satu gerai di medan selera berdekatan pasar Sitiawan. Tapi sekarang nie macam kurang rajin nak ke sana hanya untuk beli yong tau foo.
Yong tau foo nie yang saya tau ada dua jenis yang makan dengan sup dan dengan sos cili. Saya lebih suka yang bersup disulamkan dengan sos cili. Kalau di Manjung nie sos cilinya dibuat daripada cili api jadi tau la kan tahap kepedasannya. Slurp, slurp.... hirup sup diletak sikit sos cili, perghhh.... sedapnya, sambil tue makan la segala kangkung, fish ball, wanton dan lain-lain lagi. Tak ingat....
3 gambar nie semasa makan kat Hometown Yong Tau Foo di Ampang. Yong tau foonya ada yang memang dah diletak sekali dalam sup dan ada yang digoreng dan bila kita nak makan letak la dalam sup tu sekali atau makan macam tue saja. Walaupun simple je tapi memang sedap la.
Gambar atas nie sos cilinya. Sebab sos cili tue diletak dalam satu bekas yang agak besar jadi senang la nak tambah sos jika kepedasannya tidak cukup.
Nie gambar yong tau foo bersos cili, gambar nie ambik kat google je. Ada yang memang tak suka yong tau foo bersup jadi ini yang jadi pilihan. Nak cari yong tau foo la...
No comments:
Post a Comment