Wednesday, April 20, 2011

Coretan Ke-27 - Berbasikal

Salam semua...

Boleh berbasikal tak?  Saya percaya hari ini ramai yang mungkin tidak pernah berbasikal dan tidak tahu cara menunggang basikal.  Kalau pernah pun hanya semasa zaman kanak-kanak sahaja.  Saya pun macam tue la selepas habis zaman persekolahan dah tak pernah tunggang basikal lagi.  Ehh tak..., masa tahun pertama di universiti pun basikal merupakan transport utama untuk ke kuliah.  Lupa pulak...
Pagi tadi dalam perjalanan ke sekolah nampak pelajar sekolah yang berbasikal ke sekolah, teringat masa dulu-dulu, pagi-pagi kayuh basikal ke sekolah. Saya berbasikal ke sekolah bermula dari tingkatan 1 sampai la tingkatan 6.  Jarak rumah dengan sekolah dalam 7 km, dan masa tue ramai yang sama-sama berbasikal.  Kenderaan di jalan raya pun tidak sebanyak sekarang jadi rasa selamat walaupun melalui jalan besar.  Bila hendak ke rumah kawan-kawan pun kami ramai-ramai berbasikal dan yang paling jauh ke rumah kawan di Kampung Boyan semasa Tahun Baru Cina.  Saya tinggal kat Kamunting tau... Kira jauh la tue...

Masa tahun pertama di UUM yang masa tu masih lagi dekat Bandar Baru Darul Aman sebelum berpindah ke Sintok,  ramai yang berbasikal untuk ke kuliah. Jarak perjalanan antara kolej kediaman dan kampus dalam 2 km kot  ke tak sampai.  Jadi ramai la pelajar dengan berpakaian kemas sebab UUM mahukan pelajarnya berpakaian ke pejabat bila ke kuliah (universiti pengurusan kan...), perempuan dengan baju cantik-cantiknya yang lelaki dengan tie naik basikal ke kuliah.  Memang kenangan la semua tue...

Bila dapat je duit pinjaman masa tue basikal la yang dibeli dulu.  Hehehe... best la masa tue... Kedai-kedai menjual dan membaiki basikal pun ada 2, 3 buah kat Bandar Darul Aman tue.  Tapi bila di tahun kedua kena pindah ke Sintok dan basikal yang dibeli tue masa cuti yang lama disimpan di kampus.  Basikal tersebut telah dijual je kalo tak salah dengan harga RM50 kot lupa la kepada pihak universiti ke MPPM.  Lupa sapa yang uruskan jual beli basikal tersebut.

Sekarang dah lama tak berbasikal dan teringin untuk berbasikal kembali sebagai riadah.  Dah beberapa kali ke kedai basikal dan mengushar basikal yang berkenan di hati... tapi tue la bila nak beli ye...  Kat sekolah saya sekarang ramai yang ber super bike walaupun ada yang mengajak tapi rasanya tak kot...  Basikal juga di hati.... hehehe....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??