Saja-saja nak puji diri sendiri sebab dah pun menyiapkan kerja-kerja memeriksa kertas peperiksaan pelajar dan sudah pun key-in markah dalam SAPS. Minggu nie punya la pulun untuk siapkan semua tue. Pelajar pun dah tak sabar nak tahu markah mereka, bila jumpa asyik tanya tentang kertas exam mereka je.
Entah kenapa bila dah dekat last minute markah perlu dimasukkan baru la semangat dan kerajinan untuk menyiapkan kerja-kerja memeriksa datang. Hehehe... Tambahan dengan soalan struktur dan esei yang perlu dibaca dan jawapan yang kadang-kadang mengecewakan menyebabkan semangat untuk memeriksa tue hilang. Alasan je ke semua tue?? Tapi bila harapan kita tinggi dan jawapan dari pelajar tak memberangsangkan memang la semangat boleh hilang.
Apa pun untuk exam SPM yang dah tak lama lagi nie, diharapkan para pelajar dapat melakukan yang sebaiknya untuk kejayaan mereka juga. Selalunya cikgu-cikgu tumpang gembira sahaja...
No comments:
Post a Comment