Nie nak sambung citer selepas makan kat William, baru berkesempatan nak update....on the way nak balik tue lalu dekat area Kastam di Kelana Jaya. Kebetulan teringat Noorazillah rumahnya dekat-dekat situ je. Tanya adik boleh tak singgah kejap untuk jumpa Zilah? Alhamdulillah dia kata ok tapi kejap je jangan masuk rumah sembang kat luar je. Hahaha... seronoknya tak pe la janji dapat jumpa walaupun sekejap. Terus fon tanya sama ada dia ada di rumah atau tidak.
Kelam kabut Zilah bila kata saya kat depan rumah nie. Saja buat surprised visit. Masa tue dah pukul 10.45pm dan dia kata dia pun dah terlena. Maaf ye Zilah mengganggu. Jadi sebagaimana dijanjikan cuma jumpa di depan rumah je walaupun Zilah ajak masuk ke rumah berkali-kali dan kata boleh minum-minum.
Noorazillah nie kawan semasa belajar di ITM... wah berapa lama dah tue. Lepas abis belajar tak pernah lost contact sampai sekarang. Kira best friend dari dulu lagi...
Teringat masa zaman-zaman belajar dulu masa di semester satu kami duduk sebelah-menybelah untuk kelas English Miss Muthu dari situ hingga habis belajar tetap satu geng dan mesti duduk bersama-sama untuk kelas-kelas lain.
Lepas jumpa Zilah dalam 15 minit terus balik dan masa balik tu singgah Tutti Frutti dan dua cawan di atas berharga RM32.00 lebih... Haaa ambik kau masa ambik tue seronok dok tekan mesin yogurt tue bila nak bayar terperanjat... Sib baik adik tolong bayarkan... Hikss....
No comments:
Post a Comment