Wednesday, September 07, 2011

148 - Reunion Raya 2011

Salam semua...
Seperti tahun lepas, tahun ini jugak kawan-kawan dari sekolah All Saints dahulu mengadakan perjumpaan raya di hari raya ketiga iaitu 1 September 2011 bertempat di Taiping Golf Resort, Bukit Jana.  Tahun nie dapat berjumpa dengan beberapa rakan yang telah lama terpisah sejak tamat zaman persekolahan seperti Rozita, Hisham dan beberapa orang lagi.   Wah... berapa lama tue...
Ada yang masih tidak berubah dan masih  boleh dikenali dan biasa la ada yang telah mengalami banyak transformasi seiring dengan usia.  Rambut dah mula bertukar ke warna metalik di sana sini, gigi pun dah mula tanggal selain ramai bercerita tentang mula sakit lutut dan penyakit lain menghinggap diri.  Macam-macam perubahan boleh dilihat tapi itu la pahit manis sebuah persahabatan.  Ada yang masih lagi suka mengusik seperti dulu-dulu dan menunggu peluang sahaja untuk membalas usikan.
Fb banyak menolong untuk menjejak semula rakan-rakan yang telah terputus hubungan dan moga ikatan persahabatan akan kekal sampai bila-bila.  Nasib baik kumpulan rakan-rakan nie rajin mengadakan pertemuan sampai ada yang kata asyik reunion saja.  Hahaha.... ok la kan sebab bukan selalu pun

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??