Salam semua...
Cuti raya baru nie secara tak sengaja handphone terjatuh tapi bukan la dari tempat tinggi dan tak tau kenapa selepas tue handphone tak boleh baca sim kad. Terus offline sedangkan ada sim kad dan tak letak pun dalam mood offline. Bila keluarkan dan masuk balik pun masih lagi berkeadaan sama. Yang hairan tue bila tukar sim kad tue ke handphone lain elok je dia online. Nak kata handphone tue rosak, bila letak sim kad lain elok je tak de problem apa-apa. Aiseh... nak kena beli handphone baru ke?? Apa nak buat sebab budget untuk beli handphone tak de bulan nie.
Adik bagi suggestion cuba tukar sim kad. Jadi tadi ke Maxis Centre dan tukar sim kad baru. Kena bayar RM 10.00 dan dia minta IC untuk pengesahan (nasib baik RM 10.00 je). Bila cuba sim kad baru di handphone ok je... Alhamdulillah tak perlu beli handphone baru, murah je jalan penyelesaiannya. Masa di Maxis Centre minta adik tue semak sejak bila no handphone nie digunakan, dan dari semakan saya dah mula guna nombor nie dari 3 Julai 2000. Wah... lama tue dah 11 tahun lebih... Masih ingat lagi masa beli sim kad nie di Ipoh pergi bersama-sama dengan Jamaliah dan no saya dan Jamaliah berbeza satu je saya akhirnya 7 dan dia 8. Harga pun dalam RM200.00 lebih sedangkan hari nie sim kad baru mungkin berharga RM 5.00 je. Sebab tue sekarang boleh dikatakan handphone bukan lagi barang mewah tapi keperluan.
No comments:
Post a Comment