Tuesday, September 06, 2011

146 - Perjalanan Balik Dari Kampung

Salam semua...
Lama tak update selain sibuk dan tak ada line internet di kampung, malas nak update pun ada sebab sibuk dengan Fb bila diupload gambar-gambar semasa reunion banyak komen-komen yang perlu dijawab.  Hahaha... macam banyak menjawab komen-komen.  Nanti la akan letak gambar-gambar reunion raya di sini jika berkesempatan.

Nie nak cerita tentang kisah perjalanan balik dari Taiping ke Manjung hari Ahad yang lalu.  Kereta masih banyak dan kebanyakan kereta berhati-hati masa memandu.  Tidak banyak kereta yang laju dan potong-memotong seperti selalu.  Walaupun berhati-hati tapi terserempak dengan dua kemalangan.
Kejadian kemalangan yang pertama berlaku di corner sebelum SMK Dato' Idris, Pantai Remis.  Kemalangan nie seperti baru berlaku kerana boleh nampak orang ramai seperti sedang menolong mangsa kemalangan.  Sempat ambik gambar kerana masa nie kereta berhenti dan berjalan dengan perlahan.  Kemalangan antara lori dan kereta.
 Polis belum tiba dan nasib baik ada penduduk sekitar dan orang ramai yang prihatin menolong mangsa dan mengawal traffik.
Kemalangan kedua pulak seperti telah lama berlaku kerana tow truck pun dah sampai.. antara kereta Avanza dengan satu lagi kereta.
Bila tengok kemalangan walaupun mungkin kemalangan kecil terus lebih berhati-hati bila memandu kerana cuba ambil pengajaran dari peristiwa kemalangan tersebut.  Semoga kita sentiasa berhati-hati semasa memandu dan selamat dalam perjalanan pergi dan balik ke mana sahaja destinasi kita.

2 comments:

finizaini said...

xjauh ngn sek dato idris..kt area kg husben sya tuh..hihihi

siti_m said...

ooo ye ke fini.. kalau saya balik taiping memang tue la jalannya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??