Hari nie hari kedua program motivasi untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 dan antara acara yang diaturkan oleh penceramah (penceramah Amin Maula, merupakan bekas pelajar sekolah) adalah pembentangan misi, visi dan matlamat kumpulan. Biasalah program-program motivasi mesti ada slot macam nie. Untuk slot kedua hari nie bertugas untuk mengawasi pelajar dan diminta menjadi hakim untuk sesi pembentangan oleh setiap kumpulan yang telah dibentuk.
Ada kumpulan yang bersungguh-sungguh dengan kerja mereka dan ada yang sambil lewa sahaja. Tertarik dengan satu kumpulan yang memberikan pepatah dalam bahasa Arab, sebelum nie pun memang pernah dengar pepatah nie dan ada satu rancangan tv yang menggunakan tajuk yang sama.
Man Jadda Wajada, Wa Man Zara’a Hasoda inilah pepatah Arab yang diucapkan dan dirungkai lagi oleh penceramah. Apa maksudnya?
Rasanya ramai yang dah tahu maksudnya, buat yang tidak tahu seperti saya la tue (siap google cari maksudnya walaupun penceramah telah memberi penerangan) Man Jadda Wa Jada. Wa Man Zara'a Hasoda bermaksud "Sesiapa yang berusaha akan berhasil, sesiapa yang menanam akan menuai".
Macam lebih kurang sama pepatah Melayu "Sikit-sikit, Lama-lama Menjadi Bukit". Jadi dari pepatah nie kita mestilah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara kerana insyaallah hasilnya akan dapat kita tuai di kemudian hari.
No comments:
Post a Comment