Kali nie cerita makan-makan yang terakhir masa di KL hujung minggu lepas. Kami ke TGI Friday's di Pavillion sebab Kijai ada kupon diskaun sebanyak RM 50.00 untuk makan di sana. Pavillion nie kalau nak shopping tak de la kot, tak mampu rasanya tapi untuk makan-makan okay la kan sebab harganya lebih kurang sama dengan tempat lain.
Yang mula-mula sampai biasa la mesti air. Kami order tiga gelas air kosong dan satu je ice lemon tea. Kongsi-kongsi minum air teh tue sebab refillable, rasanya kami refill sampai 6 kali. Hehehe... best sangat...
Order pelbagai jenis makanan untuk dinner malam tue. Bukan apa bila pelbagai boleh la pinggan tue berpusing-pusing keliling meja untuk dirasa bersama. Atas nie Tennessee Burger.
Nie pulak Blackened Chicken Alfredo hidangan fettuccine yang berkrim. Yummy..
Clam Chowder nie memang dah lama teringin nak cuba bila tengok rancangan masakan di channel AFC dan TLC. Sebelum nie memang Kijai ada kata clam chowder di TGI boleh tahan sedap.
Nie pulak Grilled Lamb.
Last sekali untuk dessert order Brownie Obsession iaitu brownie dan di atasnya diletak sos chocolate-fudge, vanilla ais krim, sos caramel dan kacang pecan. Satu nie makan ramai-ramai memang sedap la sebab berebut-rebut. Licin semua sekali.
No comments:
Post a Comment