Saturday, August 27, 2011

144 - Kad Raya

Salam semua...
Saja nak tunjuk kad raya yang diterima pada Aidil Fitri tahun nie.  Dapat 5 sahaja 4 dari pelajar dan satu tu semua cikgu dapat.  Nampaknya setiap tahun jumlah kad yang diterima semakin berkurang.  Sebelum nie kawan lama Miza, setiap tahun akan menghantar kad raya tapi tahun nie tak de pulak.  Peredaran masa dan perkembangan teknologi menyebabkan ucapan melalui sms dan Facebook lebih famous dari kad raya.  Sebab tue bila dapat kad raya rasa seronok sangat sekarang.  Dulu-dulu masa kecil berlumba-lumba tengok sapa yang dapat kad raya paling banyak dan orang dulu selalu kad-kad raya akan digantung di dinding, pokok atau dahan kering.  Sekarang mana ada lagi semua tue.  Kiriman sms pun lama-lama kita akan delete tapi kad raya boleh simpan sampai bila-bila dan penuh nostalgia.

3 comments:

finizaini said...

ok gak dpt 5 keping..sya 1 je..tu pn ank bg..xtvt buat kad di tadika nye...ni le kad pertama setlh ade le dkt 5 6 thn xpnh dpt kad dh..hahhaa

siti_m said...

fini saya makin lama makin sikit.. sib baik ada student yang ingat kat cikgu dia... kalo tak, tak de la...
ok fini anak bagi ada jgk tue tanda ingatan pada ibunya walaupun aktivit tadika

siti_m said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??